1  8 January , 2008
2
1  5 December , 2007
2
1  19 February , 2007
2
1  February , 2007
2
 
News & Highlights
Selangor Rangkul Anugerah Pembangunan ICT Pikom

Bernama
10 Nov, 2006


KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Selangor memenangi Anugerah Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang diberikan oleh Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom).

Anugerah itu diterima oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, daripada Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, pada majlis Anugerah ICT Kebangsaan dan Makan Malam 2006 Pikom di sini hari ini.

Anugerah-anugerah lain yang disampaikan termasuklah "Produk Terbaik", "Tokoh Ketua Pegawai Maklumat", "Usahawan Teknologi Terbaik", "Peruncit ICT Terbaik" dan "Penyedia Perkhidmatan ICT Terbaik" bagi tahun 2006.

Anugerah "Produk Terbaik" dimenangi oleh aplikasi kawalan lalu lintas Inavigate Sdn Bhd, dan sistem maklumat tabung darah Knowledge Base Sdn Bhd.

Iris Corporation Bhd dinobatkan sebagai "Usahawan Teknologi Terbaik" manakala anugerah Tokoh Ketua Pegawai Maklumat direbut oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

PDA Expert Sdn Bhd memenangi anugerah "Peruncit ICT Terbaik" manakala Mesiniaga Bhd dinamakan "Penyedia Perkhidmatan ICT Terbaik".

-- BERNAMA