1  8 January , 2008
2
1  5 December , 2007
2
1  19 February , 2007
2
1  February , 2007
2
 
News & Highlights
mEye DiGi pastikan tersayang selamat

Berita Harian Online
3 Jan, 2006



CANGGIH: mEye memudahkan pengguna melihat keadaan
di rumah melalui kamera web yang dipasang
menggunakan telefon bimbit.

DALAM usaha memastikan orang tersayang sentiasa selamat, DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) memperkenalkan rumusan pengawasan di rumah, mEye yang membolehkan pelanggannya menggunakan telefon bimbit untuk mengakses kamera web di rumah atau pejabat di mana saja dan pada bila-bila masa.

Hasil kerjasama DiGi dengan iNavigate Sdn Bhd (iNavigate), rumusan berteknologi tinggi ini mampu menyediakan imej tetap atau klip video selama 10 saat. mEye adalah rumusan tanpa wayar jalur lebar termasuk multimedia berkelajuan tinggi dan akses internet mudah alih menggunakan jalur lebar EDGE, menyediakan kawasan liputan mudah alih berkelajuan tinggi paling meluas.

Ketua Pegawai Pemasaran DiGi, Chee Pok Jin, berkata DiGi menyediakan tambah nilai untuk memudahkan gaya hidup pelanggannya dengan memastikan semuanya selamat di rumah ketika berjauhan.

“mEye berpotensi untuk mengubah kehidupan harian pengguna pejabat khususnya yang berkeluarga.

Video klip 10 saat itu bersaiz kira-kira 65Kb yang boleh dimuat turunkan dalam masa pantas melalui sistem rangkaian mudah alih berkelajuan tinggi DiGi yang membolehkan pengguna melihat keluarga di rumah dalam masa antara 10 dan 15 saat.

mEye mudah dipasang menggunakan kamera web, komputer, jalur lebar internet dan telefon bimbit tanpa perlu menambah sebarang perisian pada peralatan mudah alih.