1  8 January , 2008
2
1  5 December , 2007
2
1  19 February , 2007
2
1  February , 2007
2
 
News & Highlights
Pantau keselamatan rumah menerusi mEye

Berita Harian Online
14 Sep, 2005

PENGGUNA kini boleh memantau keselamatan rumah mereka menggunakan kamera keselamatan dan telefon selular dengan aplikasi WAP/GPRS/EDGE dan 3G menerusi penyelesaian keselamatan dikenali sebagai mEye yang diperkenalkan oleh iNavigate Sdn Bhd (iNavigate).


Ketua Eksekutif iNavigate, KK Lim, berkata penyelesaian mEye mudah digunakan tanpa memerlukan pengetahuan teknikal tinggi apa yang diperlukan ialah kamera web, jalur lebar internet dan telefon selular.

?erkhidmatan berkenaan boleh beroperasi dalam masa lima minit, mampu menyediakan imej video secara langsung dan gambar foto keadaan persekitaran dalam dan di luar rumah yang mana imej berkenaan dihantar terus kepada telefon selular,?katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di Pulau Pinang, minggu lalu.

Beliau berkata, klip video yang dihantar menggunakan penyelesaian mEye secara umumnya sebesar 65Kb saja dan mampu dimuat turun dalam tempoh beberapa saat menerusi rangkaian GPRS.

Ini bermakna mereka boleh menyaksikan imej keluarga mereka dalam tempoh antara 10 hingga 15 saat selepas permintaan dilakukan.

?enyelesaian mEye secara umumnya memenuhi keperluan aspek keselamatan dan kemudahan kepada pengguna kerana mereka kini boleh melihat sendiri keadaan keluarga mereka tanpa memerlukan kos pemasangan yang tinggi,?katanya.

Pengguna tidak perlu memiliki perkakasan atau perisian tambahan untuk dipasang di dalam telefon selular mereka.